Search This Blog

Monday, November 21, 2011

Ahmad Fakri Saarani, Antara Kritikan dan Pujian


Berakhirnya bola sepak bagi Sukan SEA 2011 dimana pasukan Malaysia telah berjaya mengaibkan Sang Garuda walaupun mendapat layanan yang tidak sepatutnya oleh tuan rumah. Di sebalik kegembiraan dan perasaan terharu dengan kemenangan yg dirai pasukan Malaysia, masih ada yang berasa geram dengan Fakri, pemain yg bermain selaku penyerang dan kemudiannya bermain selaku pemain tengah bagi pasukan Harimau Muda.

Kritikan atau pujian?
Perlawanan akhir di antara Malaysia dan Indonesia memperlihatkan betapa tidak berbisa Fakri apabila berhadapan dengan gawang gol. Kawalan bola dan pergerakan yang tidak kemas dari Fakri merupakan salah satu sebab Malaysia terpaksa bertahan sehingga ke masa tambahan untuk mengungguli pingat emas di Sukan SEA pada tahun ini. Kadar rampasan bola yang kurang, larian yang tidak berkesan dan tidak bertenaga serta lambat membuat decision semasa memegang bola amat patut diberi kritikan yang membina oleh staff kejurulatihan Ong Kim Swee.

Namun, di sebalik kegagalan beliau menjaringkan gol dan bertindak cemerlang di depan gol, beliau telah berjaya membawa Malaysia ke final. Pada perlawanan akhir, work rate yang ditunjukkan oleh Fakri jelas sekali di antara yang tertinggi berbanding pemain-pemain yang lain. Kerap, Fakri turun membantu barisan pertahanan yang sekali-sekala nampak goyah namun kecekapan dan pengalaman pemain skuad Harimau Muda jelas sekali sukar dipersoalkan. Pada minit-minit akhir permainan, beliau bermain sebagai pemain tengah dimana stamina dan "fitness" yang tinggi sangat diperlukan. Ini menjelaskan betapa pentingnya peranan Fakri dalam keseluruhan taktik yg dirancang oleh Ong Kim Swee.

Di sebalik kritikan mahupun pujian yang dilontarkan kepada beliau, peminat bola sepak Malaysia harus ingat bahawa Fakri sekarang berada dalam situasi off form. Walaupun begitu, tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia di atas kejayaan membaham keangkuhan Sang Garuda di laman sendiri, Gelora Bung Karno.

p/s:
cakap memang senang, kita yang sekadar melihat xfaham dgn situasi yang dialami pemain-pemain negara.